Thursday, December 17, 2009

Berbanggalah menggunakan Tahun Islam - Hijrah

DOA AKHIR TAHUN


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’

DOA TAHUN BARU HIJRAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’

Sumber : Cina Islam

(Gambar) Guna raket tenis untuk melawan rejim Zionis.

tenis


Seorang penunjuk perasaan Palestin menggunakan raket tenis untuk melawan serangan gas pemedih  mata oleh tentera rejim Zionis semasa protes berhampiran Ramallah pada 23 Oktober 2009.

Sumber :  Palestinkini

Thursday, December 10, 2009

Akan datang... Yg penting ikhlas kerana-Nya...




Assalamualaikum.. Salam pembuka bicara.. Letih memikirkan Almanac untuk Sem 2 dan 2 2009/2010 ngan Sem 1 2010/2011, sempat lagi la menulis kat sini. Dah lame tak update blog, sejak final exam sem lepas.. Sangat2 sibuk, nak2 bukak sem baru nih ditakdirkan Allah Taala, kene dilantik pulak jadi Exco Media Enginius XVI, saf pimpinan mahasiswa engineering ( kejuruteraan ).

Masih banyak kene blajar dari old timer len, cam Adah, Hasbi, n the gang. Sy pun baru join short sem 2008/2009. Rase tak layak rasenyer nak jadi exco, namun cube la bawak slow2.. Harap kerjasama teman2 seperjuangan dapat mengurangkan beban ini. Semoga Allah memberkati usaha murni kita dalam memartabatkan ENGINIUS XVI.

Next plak, sem ni dijangke sibuk plak dengan sukan. Engineering Premier League, SHAS Cup, dan mungkin mencube nasib untuk skuad futsal IIUM Mustang. Harap2 terpilih, pasey dah lame kepingin nak men MASUM.. huhuh...

Akhir kate, harap semue kerje nih dapat sy jalankan dgn penuh jayanya dgn pertolongan dari Yang Maha Kuasa, dgn harapan kerje len nih tak mengganggu my study.. Sy akan cube sebaik mungkin dalam menggapai kejayaan dalam stdy n len2.. Yg penting, Kejayaan di Akhirat kelak..


Firman Allah :


"Kita merancang, Allah jua merancang, bahkan Allah jualah sebaik-baik perancang..".


Berjuang Bukan Hanya Mengangkat Senjata !

Tuesday, November 3, 2009

Bittaufiq wan naajah



Assalamualaikum, dah lame tak update blog disebabkan kesibukan tugas sebagai pelajar, dan tugas sebagai hamba kepada-Nya. Letih dan tekanan, semuanya ade. Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.

 Selamat maju jaya buat semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga kita semua di berikan kejayaan oleh Allah di dunia dan akhirat.


Friday, October 16, 2009

Kita sembahyang tapi...


Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya
kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas ,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di
sisi kamu itu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?


Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.


Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?


Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.


Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat


Thursday, October 15, 2009

Gempa di Padang : Iktibar dari Al-Quran.


Oleh : Ust. Nasrudin Hasan Tantawi

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .


2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .


3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .


4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .


5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .


6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]


7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”


و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب



8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .


9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Saturday, October 3, 2009

Obaidah Al-Qudsi, kebanggaan warga UIAM




 
Obaidah Al-Qudsi, dikenali di kalangan sahabatnya sebagai seorang artis, dengan suara lunak merdu dan perwatakan yang menarik. Beliau shahid menemui Khaliqnya di sebuah hospital Israel, sebagai seorang tahanan yang cedera. Pada tanggal 26 Ogos, Obaidah sedang menuju Masjid Ibrahim di Kota Lama Hebron. Ketika berjalan ke masjid, tentera Zionis-Israel menembaknya dengan 4 das tembakan, 2 di perut dan 2 di kaki.


Obaidah menitiskan darah suci seorang shuhada’. Ambulans yang tiba lambat mengakibatkan beliau mengalami pendarahan selama 30 minit. Ketika itu, tentera Israel memukul pula bahagian badan beliau. Kemudian malan terus menimpa beliau, beliau ditahan tentera Zionis dan dihantar ke hospital Israel di Baitulmaqdis. Beliau koma, dan menghabiskan masa 3 minggu di hospital itu. Keluara beliau dilarang untuk melawat sehingga beliau menghembuskan nyawa yang terakhir.


Pada pagi 13 September, Obaidah Al-Qudsi menemui si Penciptanya, Hasbunallah wa ni’mal wakiil.


Obaidah akan terus dikenang sebagai seorang penyair dan hero di kalangan keluarga dan sahabat beliau. Syair dan nasyidnya sentiasa dalam ingatan rakyat Palestin dan pejuang keamanan.


Perjalanan Hidup Seorang Shahid


Nama sebenar beliau Obaidah Maher Abdul Mu’ti Al-Qudsi Dwaik. Beliau dilahirkan pada 1984 di Kota Hebron, Palestin di dalam keluarga yang sangat dihormati. Ayah beliau seorang ahli perniagaan yang juga seorang ustaz.


Obaidah memulakan pelajarannya seawal umur 5 tahun di sebuah tadika tunas Islam. Kemudian beliau memasuki Sekolah Al-Shari’yah, dibawah sebuah Organisasi Kebajikan Islam. Beliau menghabiskan persekolahannya pada tahun 2002 dengan gred cemerlang, 84%.


Beliau kemudiannya terbang ke Malaysia, memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) dan mendapat Ijazah Komunikasi dan Kewartawanan.


Sewaktu di UIAM, Obaidah seorang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sentiasa membangkitkan isu-isu Ummah. Obaidah dipilih sebagai pimpinan Al-Aqsa Friend’s Society pada tahun 2003, dan menghabiskan masa setahun sebagai seorang ahli yang paling aktif. Sejak tahun 2004 sehinnga 2007 beliau mengetuai Kumpulan Nasyid Al-Aqsa di UIAM.


Pada tahun 2008, beliau kembali ke Palestin dan tinggal bersama keluarganya dan meneruskan perniagaan ayahnya. Beberapa bulan kemudian, beliau bertunang dan mengaturkan perkahwinanya yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri 1430 Hijriah. Namun, Allah lebih sayang kepadanya, Rejim Zionis telah meragut kemeriahan Aidilfitri keluarga beliau, dan meruntuhakan istana kebahagiaan bersama tunang beliau.


Al-Fatihah buat As-Shahid Obaidah Al-Qudsi. 
 Sumber dan terjemahan dari : http://aqsaiium.com/


Friday, October 2, 2009

‘Tolak hukum Islam, murtad’




Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengulas cadangan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dianggotai Sisters in Islam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain supaya hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan.


JAG yang dibangun atas nama pembela hak asasi manusia sebelum itu menggesa kerajaan menilai kembali dan memansuhkan undang-undang syariah yang menerapkan hukuman sebatan berikutan menurut mereka dianggap mendera selain mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggapnya kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.


Mereka turut mendakwa mengikut peruntukan Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah menyebut dengan jelas wanita dilarang daripada tindakan sebat sekali gus bercanggah dengan sebatan mengikut undang-undang Syariah yang aktif dijalankan Perlis, Pahang dan Kelantan.


Mengulas isu itu, Harussani berkata, Allah SWT secara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullah s.a.w hendaklah diambil sekali gus diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.


“Jadi hukuman ini (sebat kerana minum arak) memang disuruh Nabi Muhammad s.a.w, kenapa pula kita tidak ikut, dan mereka ini (JAG) atau Sisters in Islam ini sebenarnya menentang Islam ke, bukannya mereka mengikut ajaran Islam.


“Mereka anggap hukum Allah itu kolot ke...(sedangkan) kita ini pun dijadikan oleh Allah, cukup anggotanya, diberi akal fikiran...(tengok) betapa hebatnya Allah yang mencipta dan menghidupkan semua perkara.


“Jangan kita pula hendak memperkecilkan Allah dan hukum-Nya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, beliau menjelaskan sebatan yang diputuskan di bawah undang-undang Islam bukan sama seperti dilaksanakan kerajaan Pusat untuk penjenayah yang melanggar undang-undang Persekutuan.


Menurutnya, sebat yang dilaksana tidak mendatangkan sakit atau kemudaratan teruk, bahkan jelas menggunakan rotan yang hanya sebesar jari, manakala tangan tukang sebat yang menghayun rotan pula diangkat tidak melebihi daripada ketiak.


“Maknanya rotan yang digunakan itu kecil, ketika menghayunkannya (untuk hukum) pula tidak boleh tinggi, menjelaskan tangan hanya diangkat sedikit saja....tidak sakitlah maknanya dan taklah seperti dibuat di penjara...terlalu berat.


“Saya nasihatkan mereka supaya janganlah buat kenyataan sebarangan, hati-hati bila berucap sesuatu, jangan sampai menyebabkan mereka terkeluar dari landasan Islam sebenar,” katanya.


Harussani turut memberitahu hukuman enam sebatan ke atas Kartika kerana kesalahan meminum arak bukan bertujuan mendera, jauh sekali mendatangkan kesakitan sebaliknya dibuat untuk mengajar dan wajar disaksikan ramai orang sebagai pengajaran bermakna.